Mortal Kombat X Untuk Playstation 3 Dan Xbox 360 Secara Rasmi Dibatalkan
Artikel Berkaitan

Mortal Kombat X Untuk Playstation 3 Dan Xbox 360 Secara Rasmi Dibatalkan

Diterbitkan pada Ogos 29, 2015 oleh .

Mortal Kombat X sudah dilancarkan pada platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One sejak Mei tahun ini. Bagi pemilik konsol generasi lama PlayStation 3 dan Xbox 3 mereka masih lagi menantikan kemunculan permainan yang ganas ini sejak April lalu. Malang sekali penantian mereka kini sia-sia kerana pihak Warner Brothers Games yang menerbitkan Mortal Kombat X mengumumkan pembatalannya. Permainan untuk konsol generasi lalu dibatalkan setelah mereka merasakan kualiti permainan yang dihasilkan tidak melepasi piawai yang mereka tetapkan. Dari menjual permainan yang mengecewakan adalah lebih baik untuk membatalkannya sahaja. Pembatalan secara tiba-tiba ini pastinya tidak disenangi pemilik konsol lama kerana setelah mengalami kelewatan mereka diberitahu MKX akan muncul pada musim panas. Ketiadaan sokongan untuk konsol lama kini sudah semakin kerap. Awal minggu lalau Rockstar mengumumkan tiada sokongan Rockstar Editor untuk GTA V versi PS3 dan Xbox 360. Ini petanda jelas anda perlu membeli konsol baru dan “Get over here!”

Mortal-Konmbat-X


TIPS & ULASAN