Gambar BlackBerry Venice – Telefon Android Dengan Papan Kekunci Boleh-Luncur Tertiris Ke Arena Web

Gambar BlackBerry Venice – Telefon Android Dengan Papan Kekunci Boleh-Luncur Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Ogos 29, 2015 oleh .

Pada awal tahun ini, BlackBerry sendiri telah memperlihatkan telefon pintar BlackBerry Venice mengatakan ia akan dilancarkan kelak pada tahun ini. Lanjutan daripadanya, pelbagai desas-desus berkaitan telefon berkenaan hadir dan turut mengatakan ia akan menjalankan sistem operasi Android, dan bukannya BlackBerry OS.

BlackBerry Venice

Kini, beberapa gambar baru turut tertiris ke arena web, memperlihatkan BlackBerry Venice dalam keadaan ketika papan kekunci diperlihatkan, dan juga disembunyikan. Venice ini akan membawakan sokongan skrin sentuh, dan bagi mereka yang inginkan telefon dengan papan kekunci fizikal, boleh menariknya daripada belakang dan menaip menggunakannya. Secara kasar, ia dilihat seperti menggunakan Android 5.0 Lollipop, selain turut dilengkapi aplikasi BlackBerry Hub.

BlackBerry Venice

BlackBerry Venice

BlackBerry masih tidak menetapkan sebarang tarikh untuk pengumuman rasmi telefon pintar ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN