Cari @ Amanz

Kaspersky Internet Security 2016 Dilancarkan Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Nama Kaspersky merupakan salah satu jenama yang tidak asing dalam arena sekuriti dan keselamatan. Terkini, mereka telah pun melancarkan secara rasmi Kaspersky Internet Security 2016 untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga langganan RM100 setahun, yang meliputi beberapa peranti.

Kaspersky Internet Security 2016

Seperti biasa, Kaspersky Internet Security 2016 membawakan perlindungan daripada pelbagai ancaman siber, dan pada versi baru ini, mereka turut memfokuskan kepada privasi pengguna ketika menggunakan peranti mereka. Antara yang diberikan fokus oleh Kaspersky untuk Internet Security 2016 adalah termasuk sokongan pelayaran peribadi yang mengelak data anda dikenal-pasti melalui penggunaan cookie, Change Control yang membolehkan anda mengenal-pasti mana-mana pemalam atau aplikasi yang ingin mengubah tetapan, Privacy Cleaner yang membolehkan aktiviti pengguna di Windows dipadam, dan juga WebCam Protection yang melindungi imej webcam diceroboh pihak ketiga.

Kaspersky Internet Security 2016 ini ditawarkan pada harga RM100 untuk setiap lesen.


Komen ()