Cari @ Amanz

Pada setiap tahun, dua telefon pintar keluaran Huawei menjadi fokus ramai, iaitu keluarga peranti P dan juga Mate. Huawei telah pun memperkenalkan Huawei P8 beberapa bulan sebelum ini, dan kini pada bulan September, Huawei dijangka mengumumkan Huawei Mate generasi baru.

Ia tidak diketahui lagi apakah nama akhir produk berkenaan, memandangkan terdapat pelbagai desas-desus, ada yang mengatakan ianya sebagai Mate 7S atau Mate S, atau Mate 8.

Huawei sendiri masih mengekalkannya sebagai misteri, tetapi pada masa yang sama memperlihatkan beberapa teaser untuk peranti yang bakal diumumkan pada 2 September ini.

Huawei Mate 7S

Huawei Mate baru ini dijangka akan turut menyertakan fungsi pengimbas cap jari – sama seperti apa yang terdapat di Honor 7. Daripada gambar yang dipaparkan, ia memperlihatkan pengguna boleh menggunakan ia daripada pelbagai arah (sama seperti pada Honor 7).

Disamping itu, ia juga dijangka akan menawarkan pelbagai fungsi, dimana selain membuka peranti, ia turut boleh digunakan untuk mengawal beberapa fungsi. Pada Honor 7, pengimbas cap jari boleh digunakan untuk menurunkan notifikasi, dan menggunakan ia untuk merakamkan gambar. Mungkin untuk pasaran China, Huawei Mate mungkin menyertakan fungsi pembayaran.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diperkenalkan pada 2 September ini oleh Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd