Apple TV Baru Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Oktober

Apple TV Baru Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Oktober

Diterbitkan pada Ogos 31, 2015 oleh .

Nampaknya, selain daripada iPhone baru yang dijangka diperkenalkan pada minggu hadapan, Apple juga turut kini dilaporkan bakal memperkenalkan Apple TV yang dikemaskini sekitar bulan Oktober ini.

Apple TV generasi ke-empat ini kelak dikatakan akan sedikit tebal dan lebar berbanding versi sedia ada, disamping membawakan harga jualan yang lebih mahal daripada model Apple TV sedia ada.

Apple TV generasi baru ini juga dijangka akan membawakan fungsi Siri, alat-kawalan jauh yang baru, integrasi AppStore dan juga antaramuka yang dikemaskini.

Memandangkan Apple TV generasi ke-4 ini kelak akan berharga lebih tinggi daripada sedia ada, Apple dikatakan akan mengekalkan model jualan generasi ketiga di pasaran dan melabelkan ia sebagai model asas kepada pengguna.

Dengan bulan Oktober yang semakin hampir, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai Apple TV baru ini kelak.


TIPS & ULASAN