Honor merupakan salah satu jenama telefon pintar yang dimiliki oleh Huawei, dan ia semakin meningkat popular dari hari ke hari. Ia telah dimulakan sekitar tahun 2013 dan memfokuskan kepada jualan peranti terus melalui kedai online mereka dinamakan vMall.
Honor sebelum ini telah hadir dengan telefon pintar, tablet dan juga kini dalam persiapan untuk melancarkan jam tangan pintar. Bercakap mengenai projek futuristik yang sedang diuji di China, wakil honor mengatakan mereka sedang menguji dron untuk pengguna di China. Seperti biasa, ia merupakan salah satu perkara biasa untuk pelbagai syarikat elektronik untuk menguji perkara baru dari hari ke hari, dan honor tidak memberikan sebarang komen bilakah dron daripada mereka ini akan dipasarkan.
Bagi yang tidak mengenali akan dron, ia merupakan salah satu kenderaan elektronik terbang yang boleh dikawal menggunakan aplikasi peranti mudah-alih atau alat kawalan ringkas. Ia sering membantu dalam beberapa perkara, terutamanya jika memfokuskan pengguna adalah lebih kepada merakamkan gambar dari udara.
Honor mengatakan mereka buat masa ini masih memfokuskan kepada pengeluaran peranti mudah-alih, dan tidak ingin lari daripada fokus utama mereka buat masa ini. Dengan memfokuskan kepada satu perkara pada sesuatu masa, mereka boleh menawarkan kualiti produk yang lebih baik berbanding dengan membuat pelbagai perkara lain pada sesuatu masa.
Honor pada minggu lepas telah melancarkan honor7 secara rasminya, dan turut mengumumkan bakal memasarkan honor Band pada penghujung tahun ini.