Carian
Projek Johor WiFi Dilancarkan Secara Rasmi – Meliputi 135 Hotspot
August 31, 2015 Aman

Ambang Merdeka di Johor pada tahun ini disambut dengan pengumuman rasmi untuk Projek Johor Free Wifi. Projek kerajaan negeri ini akan menawarkan akses internet percuma kepada para penduduk Johor, meliputi lebih kurang 135 hotspot di seluruh negeri.

Perkhidmatan ini akan ditawarkan secara rasmi bermula 1 Januari 2016 kelak, yang mana meliputi 10 daerah sekitar Johor. Daripada lokasi yaang dikongsikan, ia meliputi Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang, Batu Pahat, Kulaijaya, Kluang, Kota Tinggi, Labis, Pontian, Mersing, Segamat, Simpang Renggam, Tangkak, Yong Peng, Johor Tenggara, dan juga Pontian.

Penawaran WiFi percuma di Johor ini akan memfokuskan kepada lokasi utama yang dikunjungi ramai, selain turut meliputi kawasan seperti terminal bas, kawasan rumah mampu-milik, dan kawasan yang dicadangkan oleh kerajaan tempatan.

Projek yang menelan jumlah RM12.9 juta ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dibawah program Pelan Suara Hati Johor.

Komen