Exploride – Sistem HUD Seakan Pesawat Pejuang Untuk Kereta

Exploride – Sistem HUD Seakan Pesawat Pejuang Untuk Kereta

Diterbitkan pada Ogos 31, 2015 oleh .

Penggunaan Head Up Display (HUD) pada kenderaan setakat ini terhad kepada beberapa kenderaan mewah seperti Toyota Prius. Sebenarnya penggunaan HUD bukan perkara baru tetapi sudah wujud sejak 1988 apabila ia digunakan pada Oldsmobile Cutlass Supreme. Teknologi ini dipinjam dari pesawat pejuang yang menggunakan HUD untuk memudahkan juruterbang melihat kelajuan pesawat, arah kompas, altimeter dan sistem bidikan tanpa perlu memandang ke bawah. Ini meningkatkan keselamatan ketika terbang sekaligus mengelakkan kemalangan.

Exploride-1

Exploride ialah sistem HUD  dengan skrin sebesar 6″ yang boleh dipasang kepada semua kereta tanpa mengira model. Selain memaparkan sistem navigasi GPS, Exploride juga berfungsi sebagai kit bebas tangan ketika memandu, pemain MP3, hotspot WiFi dan kamera papan pemuka. Dengan adanya alat ini anda dapat menumpukan perhatian kepada jalan raya tetapi tidak akan terlepas notifikasi penting dari peranti pintar anda.

Buat masa ini ia hanya menyokong peranti Android dan iOS. Exploride masih mencari dana untuk penghasilan komersial dan boleh dimiliki pada harga $299 sebuah. Sistem canggih yang dahulunya hanya wujud pada kenderaan mahal kini boleh anda miliki pada harga yang lebih mampu milik dari membeli kereta tersebut.

 


TIPS & ULASAN