Cari @ Amanz

Google Memperkenalkan Sokongan Android Wear Untuk iPhone

Oleh Aman

Link Copied!

Android Wear merupakan penawaran jam tangan pintar dan peranti boleh-pakai daripada Google, dan telah hadir bersama-sama beberapa peranti di pasaran, termasuk Samsung Gear Live, Moto 360, LG G Watch, Asus ZenWatch, dan sebagainya. Ia sehingga kini terhad kepada pengguna peranti Android, dan hari ini Google turut memperkenalkan sokongan sama untuk pengguna iPhone.

Untuk menggunakan Android Wear bersama iPhone, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi khusus dinamakan sebagai Android Wear untuk iOS, dan boleh digunakan bersama-sama peranti iPhone 5, iPhone 5c, iPhone 5s, iPhone 6, dan iPhone 6 Plus yang menggunakan iOS 8.2 dan terkini.

Android Wear iOS

Menggunakannya, seperti biasa, anda boleh melihat notifikasi daripada aplikasi kegemaran, melihat panggilan telefon, melihat SMS, selain pada masa yang sama membuat pemantauan kecergasan seperti mengira langkah perjalanan, dan turut menggunakan akses “Ok Google”.

Google mengatakan secara rasmi LG Watch Urbane, Huawei Watch dan Asus ZenWatch 2 merupakan antara peranti awal yang menyokong Android Wear pada iPhone, tetapi daripada penggunaan dan percubaan beberapa pihak, peranti Android Wear lain juga berfungsi tanpa masalah menggunakan aplikasi sama.


Komen ()