U Mobile Mengemaskini Pelan Pascabayar 7GB, RM70 Sebulan Dengan Panggilan Tanpa Had

U Mobile Mengemaskini Pelan Pascabayar 7GB, RM70 Sebulan Dengan Panggilan Tanpa Had

Diterbitkan pada Sep 1, 2015 oleh .

U Mobile pada penghujung bulan Jun yang lepas telah mengemaskini pelan pascabayar mereka dengan penawaran lebih data – dimana pelan P70 dinaik-taraf daripada penawaran hanya 4.5GB data kepada 7GB data. Kini, selepas Maxis mengumumkan penawaran pelan pascabayar yang membawakan panggilan tanpa had, hari ini U Mobile turut mengemaskini pelan P70 yang membawakan panggilan tanpa had ke semua talian.

U Mobile P70

Penawaran ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati panggilan tanpa had dan juga data 7GB pada harga langganan RM70 sebulan – boleh dikatakan antara yang terendah di pasaran hari ini. Penawaran lain seperti akses internet percuma 50MB ketika berada di luar negara turut dikekalkan, tetapi untuk SMS, pengguna perlu membayarnya secara berasingan.

Untuk pengguna yang sedia menggunakan talian U Mobile P70 ini, anda akan dinaik-taraf secara automatik bermula 1 September – iaitu hari ini. Bagi pengguna baru, anda boleh mendaftarkan diri untuk pelan ini di kedai U Mobile seluruh negara.


TIPS & ULASAN