Qualcomm Mengumumkan Smart Protect – Menawarkan Perlindungan Dan Sekuriti Tambahan

Qualcomm Mengumumkan Smart Protect – Menawarkan Perlindungan Dan Sekuriti Tambahan

Diterbitkan pada Sep 1, 2015 oleh .

Qualcomm telah mula berkongsi beberapa perkara berkaitan Snapdragon 820 sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini turut mengumumkan ia akan menyertakan sebuah teknologi baru dinamakan sebagai Smart Protect.

Smart Protect

Menurut Qualcomm, teknologi ini akan menawarkan perlindungan awal untuk malware dan penemuan masalah sekuriti baru. Ia juga akan mempertingkatkan sekuriti dan juga privasi pengguna ketika menggunakan peranti mudah-alih.

Qualcomm turut mengatakan Smart Protect ini akan sentiasa memantau perkhidmatan yang berjalan serta aplikasi pada peranti untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang diragui dijalankan.

Fungsi Smart Protect ini akan hadir pada peranti yang menggunakan Snapdragon 820 pada awal tahun 2016 kelak. Penyedia sekuriti seperti AVG, Avast dan Lookout akan turut bekerjasama dengan Qualcomm untuk memperluaskan penggunaan Smart Protect ini.


TIPS & ULASAN