5 Perkara Baru Yang Dibawakan Oleh Galaxy Note 5 Berbanding Galaxy Note 4

5 Perkara Baru Yang Dibawakan Oleh Galaxy Note 5 Berbanding Galaxy Note 4

Diterbitkan pada Sep 1, 2015 oleh .

Samsung Galaxy Note 5 akan mula dijual di Malaysia bermula 4 September ini, dan semestinya menjadi salah satu dilema utama ramai pengguna sedia ada Galaxy Note 4 adalah sama ada ingin menaik-tarafnya ataupun sebaliknya. Jadi, untuk memudahkan anda membuat keputusan, berikut merupakan antara fungsi baru yang dibawakan oleh Samsung melalui Galaxy Note 5.

Cara Mengeluarkan S-Pen Yang Baru
Samsung Galaxy Note 5

Salah satu perkara yang menjadi fokus utama pada Galaxy Note 5 adalah bentuk mengeluarkan S-Pen yang baru. Jika sebelum ini anda perlu mencungkilnya keluar, pada Galaxy Note 5, kaedah tersebut diubah. Kini, pengguna boleh mengeluarkannya dengan menekannya – dan ia menggunakan mekanisma berasaskan spring untuk mengeluarkan S-Pen.

Kebolehan Mencatat Nota Terus Daripada Lockscreen
Galaxy Note 5

Menjadi salah satu fokus utama pada Galaxy Note adalah penggunaan S-Pen. Selain kaedah pengeluaran, pihak Samsung turut menyertakan beberapa fungsi baru pada bahagian perisian. Salah satunya adalah kebolehan untuk mencatatkan nota dengan terus mengeluarkan S-Pen – walaupun daripada lockscreen. Selepas nota ditulis anda hanya perlu menyimpan semula S-Pen dan nota yang ditulis akan disimpan secara automatik.

Selain daripadanya, Samsung turut membawakan penambahan pada Air Command, dimana pengguna boleh menambah akses pantas kepada aplikasi kegemaran mereka.

Rekaan Melengkung Dan Mesra Di Tangan
Galaxy Note 5

Samsung Galaxy Note 5 membawakan saiz skrin yang sama seperti Galaxy Note 4, tetapi apa yang menariknya adalah ia kini bersaiz lebih kompak dan selesa di tangan.

Malah, ia kini membawakan rekaan yang melengkung pada bahagian belakang untuk memudahkan ia dipegang.

Integrasi Pengecasan Tanpa-Wayar
Galaxy Note 5

Samsung Galaxy Note 5 dengan rekaan yang lebih kompak, turut menawarkan fungsi pengecasan tanpa-wayar terbina. Pada Galaxy Note 4, pengguna perlu mendapatkan aksesori tambahan untuk menggunakan sokongan pengecasan tanpa wayar ini, tetapi pada Galaxy Note 5 ia tidak lagi diperlukan. Ianya juga peranti pertama yang mempunyai sokongan pengecasan pantas tanpa wayar.

Namun, dengan rekaan yang kompak dan integrasi fungsi ini, salah satu kekurangan adalah ia tidak lagi menyertakan sokongan kad mikro-SD, selain bateri tidak lagi boleh ditanggalkan seperti sebelumnya.

Fungsi Baru Pada Kamera
Galaxy Note 5

Kamera pada Galaxy Note 4 adalah antara kamera yang terbaik diperanti mudah-alih, dan perkara tersebut terus dikekalkan pada Galaxy Note 5. Walaupun menggunakan sensor Sony IMX240 yang sama, Galaxy Note 5 menggunakan aperture f/1.9, berbanding Galaxy Note 4 yang pada kadar f/2.2.

Galaxy Note 5 menggunakan kamera 16-megapixel pada bahagian belakang yang turut hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan. Salah satunya adalah fungsi penstriman langsung terus ke YouTube daripada Galaxy Note 5. Samsung turut mengatakan ia menyertakan VDIA (Video Digital Image Stabilisation) yang membolehkan anda merakamkan video dengan lebih stabil.


Samsung Galaxy Note 5

Disamping itu, Samsung turut membawakan beberapa penambahan lain dari segi sistem operasi yang digunakan pada Galaxy Note 5, disamping dari segi hardware yang kini turut menyertakan kuasa pemprosesan tinggi, memori 4GB RAM untuk beroperasi lebih lancar, selain integrasi pengimbas cap jari yang lebih responsif dan juga speaker yang lebih baik.

Bagi pengguna Galaxy Note 4, ia mungkin masih terlalu awal untuk anda berubah kepada telefon Galaxy Note 5 ini. Tetapi, jika anda boleh mendapatkan harga trade-in yang berpatutan untuk Galaxy Note 4 anda, mungkin anda boleh memilih untuk mendapatkan Galaxy Note 5 yang berharga RM2699 di Malaysia.


TIPS & ULASAN