Cari @ Amanz

Samsung ketika pengumuman Galaxy Note 5 tempoh hari telah menawarkan sebuah teaser ringkas untuk jam tangan pintar baru mereka, dan hari ini, secara rasminya Samsung mengumumkan pengenalan Samsung Gear S2.

Samsung Gear S2

Samsung Gear S2 meneruskan tradisi sebagai jam tangan pintar flagship mereka, dimana sebelum ini Samsung telah memperkenalkan Gear S dengan rekaan skrin segi empat melengkung, dan menyertakan integrasi kad-SIM padanya. Samsung Gear S2 kini menjadi jam tangan pintar utama mereka pada tahun ini, dan menjadi jam tangan pertama dengan skrin bulat daripada Samsung.

Samsung Gear S2 hadir dalam tiga variasi, iaitu Gear S2, Gear S2 Classic dan juga Gear S2 3G (hadir dengan sokongan SIM). Ketiga-tiganya menggunakan sistem operasi sama, membawakan skrin bulat 1.2-inci Super AMOLED, cip pemprosesan dwi-teras 1.0Ghz, memori 512MB RAM dan ruangan storan 4GB.

Samsung Gear S2 menggunakan bahagian tepi (bezel) yang boleh diputarkan untuk memudahkan mereka mengawal jam tangan pintar berkenaan, selain antaramuka khusus untuk memudahkan pengguna mengawalnya.

Menggunakan jam tangan pintar ini, seperti biasa pengguna boleh melihat notifikasi, menyemak kalendar, menyemak emel, berita, mahupun menghantar SMS menggunakan jam tangan pintar berkenaan (melalui Gear S2 3G).

Samsung turut menyertakan fungsi kecergasan baru yang membolehkan anda menyimpan dan melihat log aktiviti anda selama 24-jam.

Dengan fokus Samsung terhadap pembayaran Samsung Pay, Gear S2 ini turut mengintegrasikan sokongan NFC untuk memudahkan perkara berkenaan.

Samsung mengatakan Gear S2 dengan skrin bulat ini mampu bertahan sehingga 2 ke 3 hari laamnya, dan ia turut menyertakan dock pengecas tanpa-wayar.

Samsung masih belum mengumumkan harga jualannya lagi buat masa ini, dan bilakah ia akan mula dipasarkan di seluruh dunia – termasuk Malaysia.

Samsung Gear S2

Samsung Gear S2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd