Cari @ Amanz

Proses Jailbreak dilakukan sesetengah pengguna iOS bagi menambah fungsi dan kustomasi yang tidak disertakan oleh sistem operasi asal. Ada juga yang melakukannya kerana mahukan aplikasi percuma tanpa membayar kepada pembangun. Kepada mereka yang melakukan Jailbreak hari ini timbul amaran peranti anda mungkin diserang malware KeyRaider yang berbahaya. Ia mampu mencuri maklumat Apple ID, kata laluan dan mencuri data peribadi dari peranti yang dijangkitinya. Tambah menakutkan ia juga mampu mengunci peranti dari digunakan oleh pemilik sebenar serta melakukan pembelian menggunakan kad kredit pemilik tanpa kebenaran.

Jailbreak - iPad

Kerentanan ini ditemui oleh penyelidik di Palo Alto Networks dan WeipTech. Mereka percaya sekurang-kuranganya 225 000 akaun pengguna iOS sudah terjejas akibat kerentanan ini. Pihak Apple sudah dimaklumkan mengenai masalah ini tetapi pengumuman rasmi masih belum diberikan setakat ini. Kepada yang sudah melakukan Jailbreak diharap berhati-hati kerana maklumat peribadi anda kini boleh dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi melihat sama ada peranti iOS anda sudah dijangkiti malware ini sila ke pautan di bawah untuk melakukan pemeriksaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd