PayPal Memperkenalkan PayPal.ME Untuk Memudahkan Anda Menerima Wang Menggunakan URL Khusus

PayPal Memperkenalkan PayPal.ME Untuk Memudahkan Anda Menerima Wang Menggunakan URL Khusus

Diterbitkan pada Sep 1, 2015 oleh .

PayPal merupakan salah satu platform pembayaran yang digunakan secara meluas oleh pengguna seluruh dunia untuk menerima bayaran, membuat pembayaran, mahupun membuat beberapa perkara lain yang berkaitan. Terkini, pihak PayPal memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru dinamakan sebagai PayPal.ME.

PayPalME

PayPal.ME ini hanya terhad untuk pengguna di beberapa buah negara sahaja – dan masih tidak menyokong Malaysia lagi. Menggunakan PayPal.ME, pengguna boleh membuat pautan khas dengan nama akhir (sebagai contoh paypal.me/namakorang) dan menggunakan pautan tersebut untuk menerima bayaran dan sumbangan daripada pengguna lain.

Penggunaan bentuk pautan ini adalah lebih mudah jika anda ingin menerima bayaran daripada pengguna lain, terutamanya menggunakan peranti mudah-alih atau pada era permesejan pantas masa kini. Pengguna tidak lagi perlu memasukkan sebarang maklumat, sebaliknya boleh klik pada pautan anda dan membuat transaksi terus.

Pemilik pautan juga turut boleh mengubah pautan mereka dengan menambah seperti paypal.me/namakorang/100 untuk meminta bayaran sebanyak $100 daripada pengguna lain.

PayPal mengatakan perkhidmatan ini akan diuji dan diperkenalkan kepada pengguna di lebih kurang 18 buah negara terlebih dahulu, dan dioptimasikan berdasarkan kepada input daripada mereka terlebih dahulu.

Layari : PayPal.ME


TIPS & ULASAN