Carian
GoPro Memperkenalkan Fungsi Penyuntingan Video Pantas Pada Aplikasi Untuk Memudahkan Perkongsian
September 1, 2015 Aman

GoPro sebelum ini telah mengatakan akan menambah fungsi untuk memudahkan proses perkongsian video terus daripada kamera atau aplikasi. Kini, ia diperkenalkan secara rasminya melalui aplikasi Android dan iOS untuk GoPro.

GoPro Trim Share

Menggunakan fungsi baru ini, pengguna tidak lagi perlu memindahkan keseluruhan video untuk menyunting, sebelum berkongsi ke perkhidmatan sosial seperti Instagram. Kini, pengguna boleh memotong klip video yang disukai mereka, dan seterusnya terus berkongsi ke arena sosial terus menggunakan kamera GoPro atau melalui aplikasi mudah-alih GoPro.

Ini membuatkan anda tidak lagi perlu mencari komputer untuk proses penyuntingan seperti sebelumnya. Ia juga membolehkan pengguna GoPro untuk berkongsi sesuatu detik dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

https://www.youtube.com/watch?v=waRhwnMhM7c

Komen