Carian
Google Chrome Akan Mula Menghalang Iklan Berasaskan Flash Di Web Bermula Hari Ini
September 1, 2015 Aman

Google Chrome LogoGoogle Chrome bermula daripada hari ini akan mula menghalang iklan di internet yang menggunakan teknologi Flash. Chrome kini akan menghentikan memainkan iklan berasaskan Flash, dan memerlukan pengguna untuk klik padanya terlebih dahulu sebelum iklan berkenaan dimainkan.

Fungsi seumpamanya telah diuji pada pelayar web versi Chrome Dev sebelum ini, dan kini ia diperkenalkan secara lebih meluas.

Google mengatakan penggunaan iklan berbentuk Flash menggunakan tenaga bateri yang lebih tinggi, selain pada masa yang sama membuatkan sesuatu web mengambil masa yang lebih lama untuk dibuka berbanding kebiasaan.

Sebagai alternatif, bagi pengiklan yang masih inginkan bentuk iklan beranimasi di web, Google mencadangkan mereka menggunakan teknologi HTML5 untuknya – yang mana lebih mesra web dan boleh digunakan pada pelbagai peranti tanpa masalah.

Komen