Cari @ Amanz

Asus Malaysia sebelum ini telah menawarkan Asus Zenfone C bagi mereka yang ingin menggunakan fungsi asas telefon pintar. Kini, model kemaskini untuknya, iaitu Asus Zenfone Go turut telah mula dijual di pasaran tempatan pada harga RM509.

Asus Zenfone Go

Asus Zenfone Go hadir dengan skrin bersaiz 5.0-inci, dijana menggunakan cip MediaTek empat-teras 1.3Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan terbina 8GB.

Pengguna turut boleh merakamkan gambar menggunakan kamera 8-megapixel di belakang, dan kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan.

Telefon pintar ini menggunakan sokongan dwi-SIM, selain turut membolehkan pengguna memperluaskan storan sehingga 64GB.

Asus Zenfone Go ini boleh didapati daripada para pengedar Asus seluruh negara pada harga RM509. Daripada semakan kasar kami, Asus Zenfone C turut masih dijual di beberapa kedai di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd