Google Memperkenalkan Logo Baru

Google Memperkenalkan Logo Baru

Diterbitkan pada Sep 2, 2015 oleh .

Google merupakan salah satu syarikat web terkemuka, malah menjadi halaman utama dan rujukan ramai dalam membuat pencarian info mahupun berita semasa. Baru-baru ini, Google telah mengumumkan penstrukturan semula dibawah syarikat Alphabet, dan hari ini, mereka mengumumkan evolusi pertama syarikat mereka dengan memperkenalkan logo baru.

Logo Google

Logo Google

Google mengatakan mereka telah melalui pelbagai perubahan sejak 17 tahun yang lepas, dimana kini selain daripada hanya di desktop, perkhidmatan mereka juga turut digunakan pada telefon pintar, tablet, mahupun pada jam tangan pintar.

Melalui identiti baru ini, Google membawakan elemen warna-warni yang memperlihatkan pelbagai keajaiban melalui pelbagai peranti dan platform.

Penggunaan identiti baru ini akan diperkenalkan oleh Google pada semua perkhidmatan mereka secara berperingkat bermula hari ini.


TIPS & ULASAN