Instagram Direct Dikemaskini Dengan Sokongan Membalas Mesej Bergambar

Instagram Direct Dikemaskini Dengan Sokongan Membalas Mesej Bergambar

Diterbitkan pada Sep 2, 2015 oleh .

Instagram pada tahun 2013 yang lepas telah memperkenalkan sokongan permesejan dinamakan sebagai Instagram Direct. Menggunakannya, ia membolehkan pengguna berkongsi gambar yang lebih peribadi bersama-sama rakan terdekat yang terpilih atau ahli keluarga.

Dengan berkongsi gambar tersebut, ia turut membolehkan pengguna untuk berinteraksi melalui komen pada Instagram Direct. Kini, pihak Instagram mengemaskininya, dan turut membolehkan pengguna turut membalas komen dalam bentuk gambar – dan tidak lagi terhad kepada teks sahaja seperti sebelumnya.

Instagram Direct

Disamping itu, Instagram turut menambah sebuah butang baru pada bahagian komen dan Like di semua gambar perkhidmatan terseut, dan apabila menekannya, ia membolehkan pengguna menghantar gambar berkenaan ke Instagram Direct dan berkongsi dengan rakan-rakan terpilih.

Instagram Direct

Pengenalan kemaskini baru ini mungkin membuatkan lebih ramai menggunakan perkhidmatan permesejan bergambar Instagram Direct, dan tidak lagi membuatkan ia tidak digunakan seperti sebelum ini.

Fungsi baru Instagram Direct ini hadir kepada semua pengguna Android dan iOS melalui kemaskini aplikasi yang diperkenalkan bermula hari ini.


TIPS & ULASAN