Cari @ Amanz

Sony pada tahun lepas telah memperkenalkan sokongan Xperia Theme, iaitu kebolehan untuk pengguna mengubah tema telefon Xperia mereka dari segi ikon, gambar latar, dan beberapa ciri-ciri lain peranti. Hari ini, dalam usaha memudahkan pengguna menemui tema-tema baru daripada komuniti mahupun jenama popular, mereka mengemaskini laman tema mereka, Xperia Themes.

Sony Xperia Themes

Melalui portal baru ini, Sony memudahkan lagi pengguna Xperia untuk menemui tema-tema baru, dan pengguna boleh memuat-turunnya terus daripada Play Store melalui pautan yang disediakan pada laman berkenaan.

Disamping itu, Sony juga turut membolehkan pengguna untuk membuat rekaan tema mereka tersendiri dengan menyediakan Theme Creator Beta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd