CatchThatBus Menerima Suntikan Dana Sebanyak $1.5 Juta

CatchThatBus Menerima Suntikan Dana Sebanyak $1.5 Juta

Diterbitkan pada Sep 2, 2015 oleh .

CatchThatBus merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna tempatan membuat tempahan tiket perjalanan bas antara bandar menggunakannya. Selain daripada di dalam Malaysia, ia juga turut membolehkan pengguna membuat tempahan tiket bas antara negeri di Malaysia dan Singapura.

Terkini, mereka mengumumkan telah menerima suntikan dana sebanyak $1.5 juta – yang mana akan digunakan oleh CatchThatBus dalam memperluaskan perkhidmatan mereka ke beberapa negara lain sekitar Asia Tenggara. Sebelum ini mereka juga mendapat dana permulaan CIP Catalyst dari Cradle Fund untuk melaksanakan idea ini.

Buat masa ini, CatchThatBus menyediakan pilihan perjalanan ke lebih 500 destinasi antara Singapura dan Malaysia. Pengguna boleh membuat tempahan tiket bas menggunakan web, ataupun menggunakan aplikasi mudah-alih yang disediakan untuk platform operasi utama.

Mungkin dengan suntikan dana ini, kita akan melihat CatchThatBus meneruskan usaha promosi mereka, selain turut memperkenalkan perkhidmatan di beberapa negara baru – mungkin Thailand dan Indonesia terlebih dahulu.

Layari : Catch That Bus


TIPS & ULASAN