Intel Memperkenalkan Keluarga Cip Pemprosesan Generasi Ke-6 Skylake Untuk Desktop Dan Komputer Riba

Intel Memperkenalkan Keluarga Cip Pemprosesan Generasi Ke-6 Skylake Untuk Desktop Dan Komputer Riba

Diterbitkan pada Sep 2, 2015 oleh .

Lanjutan daripada pengenalan ringkas tempoh hari, hari ini pengeluar cip pemprosesan terkemuka, Intel telah pun secara rasminya memperkenalkan keluarga penuh untuk cip pemprosesan Skylake yang akan ditawarkan untuk desktop dan juga komputer riba.

Seperti sebelum-sebelum ini, cip Skylake terdiri daripada Core i3, Core i5, dan juga Core i7. Intel menekankan yang mana ia membawakan kuasa pemprosesan yang lebih baik melaluinya, disamping turut menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama. Pelbagai peranti dengan rekaan baru juga dijangka akan hadir menggunakan cip pemprosesan ini – terutamanya peranti dua-dalam-satu.

Intel Skylake

Cip “Skylake” ini dikatakan menawarkan sokongan grafik sehingga 50% lebih baik, selain turut menawarkan beberapa sokongan baru seperti penggunaan USB Type-C, Thunderbolt 3, mahupun integrasi penggunaan beberapa hardware tambahan melalui RealSense 3D seperti kamera untuk log masuk melalui Windows Hello. Penggunaan Intel Wireless Display melalui cip ini juga turut menyokong paparan 4K.

Intel CoreM juga turut hadir dengan beberapa penambah-baikkan – iaitu cip yang hadir dengan sokongan teknologi Intel vPro dan hypertreading.

Penawaran cip ini dijangka hadir pada suku ke-4 tahun ini, dan mungkin kita akan melihat peranti yang menggunakannya diumumkan pada IFA 2015 yang berlangsung pada minggu ini. Selain komputer, peranti seperti Intel Compute Stick juga turut dikemaskini dengan sokongan cip terbaru Intel ini.


TIPS & ULASAN