Cari @ Amanz

Sony Berkongsi Fungsi Baru Yang Dibawakan PS4 System Software 3.0 – Menyertakan Penstriman Langsung Ke YouTube

Oleh Aman

Link Copied!

PlayStation 4 merupakan konsol keluaran Sony yang juga merupakan satu-satunya konsol terkini yang dijual di pasaran Malaysia secara rasmi. Pihak Sony telah menawarkan kemaskini perisian beberapa kali, dan kini mereka mengumumkan akan menawarkan kemaskini perisian PS4 System Software 3.0 kepada semua tidak lama lagi.

Penawaran versi Beta untuk PS4 System Software 3.0 bermula hari ini secara rasminya, dan pihak Sony turut berkongsi beberapa perkara yang dibawakan oleh kemaskini baru ini.

Sony menekankan yang mana kemaskini baru ini menyertakan lebih banyak sokongan sosial dan komuniti, sekaligus menjadikan PlayStation 4 anda lebih interaktif berbanding sebelum ini.

PlayStation 4

Melalui PS4 System Software 3.0, pihak Sony menyertakan fungsi dinamakan YouTube Live yang membolehkan pemilik Sony strim terus permainan PS4 ke YouTube.

Disamping itu, pengguna juga kini akan dipaparkan dengan hab baru dinamakan Events yang memaparkan aktiviti yang mengambil tempat pada permainan anda – termasuk untuk info seperti Double XP Weekend, penawaran baru pada permainan dan sebagainya.

Kemaskini baru ini turut akan mula memaparkan kapasiti storan pada PlayStation 4 anda dalam usaha memudahkan lagi anda menguruskan penggunaan storan pada PlayStation 4 anda.

PS4 System Software 3.0 ini juga turut akan menawarkan sokongan berkongsi video selama 10 saat terus ke Twitter – sekaligus membolehkan anda berkongsi video bukan sahaja di YouTube, tetapi juga di Twitter.

Dan satu lagi ciri baru yang akan turut hadir ke PS4 System Software 3.0 adalah kebolehan untuk meminta melihat apa yang dimainkan oleh rakan anda melalui fungsi dinamakan sebagai “Request to Watch”.

Sony mengatakan mereka akan menyertakan lebih banyak fungsi baru pada kemaskini ini, dan akan berkongsi lanjut mengenai pengenalannya kepada semua tidak lama lagi.


Komen ()