Xiaomi Dilaporkan Akan Hadir Dengan Komputer Riba Seawal Tahun Hadapan

Xiaomi Dilaporkan Akan Hadir Dengan Komputer Riba Seawal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Sep 2, 2015 oleh .

Xiaomi menjenamakan syarikat mereka sebagai “syarikat internet”, dan telah sedia menawarkan pelbagai peranti berhubung selain daripada telefon pintar, termasuk antaranya adalah penghala (router), pembersih udara pintar, dan sebagainya. Kini, mengikut laporan Bloomberg, Xiaomi turut dikatakan akan hadir dengan komputer riba seawal tahun hadapan.

Desas-desus ini bukan sesuatu yang baru, dan telah diperkatakan sebelum ini. Tetapi, seperti biasa pihak Xiaomi tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya.

Menurut Bloomberg, komputer riba Xiaomiini kelak akan membawakan kualiti premium dan bersaing dengan komputer riba seperti Macbook Air atau ThinkPad. Xiaomi dikatakan telah berbincang dengan pihak Samsung untuk menawarkan memori, serta skrin paparan yang digunakan untuknya kelak.

Jikalau mengikut trend, Xiaomi sering memasarkan peranti mereka pada harga yang lebih rendah berbanding pengeluar lain, sekaligus membolehkan lebih ramai mendapatkannya. Dengan desas-desus baru ini, sama-sama kita nantikan adakah Xiaomi akan membuat kejutan dengan komputer riba mereka pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN