Cari @ Amanz

Terdapat beberapa komputer riba hibrid yang membawakan rekaan seumpama Surface di pasaran pada hari ini, dan kini Lenovo turut memperkenalkan sebuah komputer riba dengan rekaan sama yang turut menyertakan input stylus, dinamakan sebagai MIIX 700.

Lenovo Ideapad MIIX 700

Lenovo Ideapad MIIX 700

Lenovo MIIX 700 membawakan skrin bersaiz 12-inci dengan paparan pada resolusi 2160×1440 pixel. Ia turut dilengkapi dengan cip Intel Core m7 generasi ke-6 yang baru diumumkan oleh Intel – menawarkan kuasa grafik dan masa bertahan bateri lebih baik.

Disamping itu, Lenovo MIIX 700 turut menggunakan memori 8GB RAM dan ruangan storan berasaskan SSD 256GB.

Lenovo Ideapad MIIX 700

Lenovo Ideapad MIIX 700

Lenovo MIIX 700 menggunakan sistem operasi Windows 10. Menariknya pada peranti ini adalah ia menyertakan kamera hadapan berasaskan RealSense 3D yang membolehkan pengguna menggunakan fungsi seperti Windows Hello dan beberapa perkara lain.

Lenovo MIIX 700 ini membawakan harga $699 (~RM2944), dan mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum dipasarkan pada peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd