Cari @ Amanz

Acer memang terkenal dengan aksesori serta perkakasan PC. Komputer desktop dan monitor berprestasi tinggi mereka dijual di bawah jenama Predator sejak tahun 2008. Nampaknya kini tiba giliran permainan peranti mudah alih pula menerima sentuhan oleh Acer. Acer Predator 8 GT810 ialah tablet yang direka khas untuk aplikasi permainan Android. Tablet ini dilengkapi skrin 8″ FHD, pemproses Intel Atom x7-Z8700, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman sehingga 64 Gigabyte. Tablet Android 5.1 ini mempunyai sistem audio yang unik Predator Quadio yang menggunakan empat pembesar suara di bahagian depan skrin. Ia menyokong format audio Dolby Digital bagi memberikan penghasilan audio paling hidup ada peranti pintar.

Predator-8_GT-810 2

Selain sistem audio ia turut memperkenalkan sistem timbal balas TacSense. TacSense adalah seakan sistem DualShock pada pengawal permainan PlayStation yang membolehkan pemain merasakan gegaran yang dilihat di dalam permainan. Acer bekerjasama dengan Gameloft dan menyertakan permainan Asphalt 8 yang dioptimasikan bagi memberikan ilusi memandu yang realistik apabila menggunakan Predator 8 GT810. Tablet ini akan mula memasuki pasaran Eropah bulan hadapan pada harga €349 (RM1656) manakala di Amerika Syarikat ia akan dijual pada harga permulaan $299.99 (RM 1264).

 

Predator-8_GT-810 1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd