Acer Predator 6 – Telefon Pintar Dengan Pemproses 10 Teras

Acer Predator 6 – Telefon Pintar Dengan Pemproses 10 Teras

Diterbitkan pada Sep 2, 2015 oleh .

Selain tablet khas untuk penggemar aplikasi permainan pada peranti pintar, Acer turut melancarkan Acer Predator 6. Telefon pintar ini menjadi peranti pintar pertama menggunakan pemproses dengan 10 teras. Pemproses Mediatek Helio X20 yang mempunyai dua teras pada kelajuan 2.5 GHz, empat teras pada kelajuan 2.0 GHz dan empat lagi teras pada kelajuan 1.4 GHz. Selain daripada itu ia dilengkapi skrin sebesar 6″, RAM sebesar 4 Gigabyte dan kamera utama sebesar 21 Megapixel. Seperti Predator 8 GT810, telefon pintar mensasarkan penggemar aplikasi permainan berprestasi tinggi.

Sistem empat pembesar suara Predator Quadio dan timbal balas haptik TacSense juga disertakan bagi memberikan pengguna “merasakan” aksi yang terpapar pada skrin. Tiada maklumat lebih terperinci diterima buat masa ini dan kami akan mengemaskini artikel ini apabila lebih banyak maklumat diterima. Dari gambar di bawah jelas sekali Predator 6 adalah Predator 8 GT810 yang lebih kecil skrinnya tetapi lebih berkuasa.

acer-predator-6 Phone

 


TIPS & ULASAN