Asus ROG GX700 – Komputer Riba Dengan Sistem Penyejukan Air

Asus ROG GX700 – Komputer Riba Dengan Sistem Penyejukan Air

Diterbitkan pada Sep 3, 2015 oleh .

Sistem penyejukan air ialah sistem yang digunakan oleh penggemar overclock paling tegar. Sistem penyejukan paling efektif ini hanya boleh dikalahkan dengan sistem penyejukan cecair nitrogen yang digunakan untuk memecahkan rekod overclock dunia. Bagi kebanyakan pengguna PC, sistem penyejukan air adalah terlalu mahal dan terlalu leceh untuk dipasang. Tetapi ini tidak menghalang Asus dari memperlihatkan komputer riba pertama yang mempunyai sistem penyejukan air di IFA 2015.

Asus-ROG-GX700-1

Asus ROG GX700 adalah komputer riba yang diperkasakan pemproses Intel Skylake dan kad graphic Nvidia terkini. Ia turut dilengkapi skrin 17″ dengan resolusi 4K. Komputer riba ini boleh ditanggalkan dari dok khas penyejukan cecair bagi memudahkannya dibawa. Apabila pengguna merasakan mereka mahukan sistem penyejukan lebih baik untuk proses overclocking, ia disambung kepada sistem penyejukan air dengan port khas pada bahagian belakang komputer riba. Ini mungkin komputer riba paling melampau pernah dihasilkan. Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi lengkap ataupun bilakah ia akan mula dijual pada saat ini.

Asus-ROG-GX700-12

 


TIPS & ULASAN