Disamping memperkenalkan telefon pintar dan tablet memfokuskan kepada gaming, pihak Acer juga turut memperkenalkan satu lagi peranti dibawah keluarga Predator hari ini, iaitu sebuah projektor dinamakan Predator Projector.
Menggunakan projektor ini, ia membolehkan pengguna menyiarkan gambar pada resolusi HD penuh pada saiz sehingga 100-inci – sekaligus membolehkan anda menikmati permainan pada paparan yang lebih besar berbanding kebiasaan.
Dari segi saiz, ia agak besar, dan mungkin tidak begitu mesra untuk dibawa kemana-mana. Acer turut menyertakan teknologi untuk membolehkan ia digunakan pada bilik yang tidak bersaiz besar – melalui apa yang dipanggil sebagai Ultra-Short-Throw Technology.
Acer masih tidak berkongsi maklumat lanjut berkaitan spesifikasi, harga dan tarikh jualannya lagi buat masa ini.