Cari @ Amanz

iFlix yang baru sahaja bekerjasama dengan Samsung bagi menyertakan langganan penstriman video mereka pada peranti popular tersebut, kini bekerjasama dengan Digi dalam menyediakan penstriman video buat pelanggan rangkaian telekomunikasi tersebut.

Menerusi perjanjian ini, semua pelanggan Digi akan memperoleh akses percuma perkhidmatan penstriman video tanpa had dari iFlix selama 60 hari bagi menonton filem dan drama yang disediakan. Selepas tempoh tersebut, pelanggan boleh menyambung langganan mereka dan menariknya pembayaran boleh dilakukan menerusi pembayaran melalui bil Digi, baik untuk pelanggan prabayar mahupun pelanggan pascabayar. Jika pelanggan menggunakan langganan prabayar, bayaran langganan iFlix akan ditolak dari baki kredit prabayar Digi.

iflix-app

Bagi menambah lebih faedah buat pengguna Digi yang melanggan perkhidmatan iFlix, mereka juga akan menerima kuota data internet tambahan sebanyak 1GB pada pelan mereka.

Dengan kerjasama sebegini salah satu kebaikan untuk pengguna adalah pilihan pembayaran yang memudahkan pengguna. Bagi pengguna yang tidak mempunyai pilihan untuk melakukan pembayaran melalui perkhidmatan perbankan atas talian, penyelesaian secara pembayaran menerusi bil ini merupakan satu cara yang bagus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd