Cari @ Amanz

Storan awaman ialah kata-kata mutiara yang digunakan sejak kebelakangan ini untuk menjual produk. Storan awaman membenarkan fail-fail yang diperlukan mudah diakses dimana-mana. Pada masa yang sama fail penting seperti gambar akan tersimpan terus selepas diambil dan anda tidak perlu risau ianya hilang sekiranya peranti dicuri. Penggunaan storan awanan selama ini lebih berat kepada dua perkara di atas. Nextbit Robin ialah telefon Android yang cuba membawa perubahan dalam penggunaan storan awanan pada peranti pintar anda.

Nextbit Robin ialah peranti yang direka oleh bekas pereka yang bekerja di HTC. Ia mempunyai skrin 5.2″ IPS LCD FHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 808, RAM sebesar 3 Gigabyte, muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte dan muatan awanan sebesar 100 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13 Gigabyte dan kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel. Seperti HTC One M9, Robin mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Terdapat juga pengimbas cap jari pada bahagian sisi peranti. Keseluruhan tubuh pula diperbuat daripada bahan polikarbonat.

Nextbit-Robin-2

Apakah yang membezakan Robin dengan peranti di tangan anda sekarang? Ia mengesan aplikasi apakah yang sudah lama tidak digunakan. Secara automatik aplikasi akan dipadam dan kesemua data disimpan di storan awaman. Ikon aplikasi yang tidak digunakan ini akan berubah menjadi monokrom bagi menunjukkan ia tidak aktif. Sekiranya anda mahu menggunakannya ia akan dimuat turun semula. Gambar yang diambil pula akan disimpan terus ke awanan. Robin kemudian akan menyimpan gambar dengan resolusi lebih kecil di dalam peranti bagi menjimatkan ruang simpanan. Pada bahagian belakang terdapat empat lampu LED untuk menunjukkan status storan awanan anda. Lampu penuh menunjukkan sambungan yang baik dan sebaliknya untuk sambungan kurang baik.

Robin akan muncul dalam dua warna iaitu Mint dan Midnight. Peranti ini masih mengumpul dana dan dijual pada harga $349. Ia dijangka menemui pembeli pada Januari 2016. Kami sukakan rekaannya yang lain daripada yang lain.

Nextbit-Robin-1 nextbit-robin-3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd