Cari @ Amanz

Komputer desktop sedia memfokuskan kepada penggunaan seumpama projek modular lain, dimana pengguna boleh mengubah komponen yang dikehendaki pada bila-bila masa, sekaligus mengurangkan pembaziran barang elektronik. Namun, untuk PC bersaiz kompak, ia masih sukar untuk membuat penaik-tarafan dan sebagainya.

Kini, hari ini, Acer disamping mengumumkan beberapa produk baru, turut memperkenalkan Acer Revo Build, iaitu salah satu komputer bersaiz kompak yang boleh diubah komponen dan dinaik-taraf.

Acer Revo Build

Acer Revo Build hadir dengan blok utama yang menggunakan cip Intel Pentium atau Celeron, dan spesifikasi asas melaluinya. Pengguna yang ingin menaik-tarafnya boleh menambah beberapa blok yang disediakan.

Sebagai contoh, untuk menaik-taraf ruangan storan kepada 500GB atau 1TB, pengguna boleh menambah sebuah blok khas di atasnya. Perkara sama juga untuk menambah kualiti audio yang baik dengan sebuah blok khas, mahupun bebrapa sokongan lain.

Acer Revo Build

Untuk jangka masa panjang, pengguna mungkin kelak hanya perlu menukar tapak asasnya sahaja kepada versi cip pemprosesan lebih berkuasa – sementara boleh mengekalkan penggunaan blok-blok lain.

Acer masih tidak berkongsi mengenai harga jualan setiap blok, mahupun harga akhir Acer Revo Build ini lagi. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd