Acer selain mengumumkan beberapa produk baru, hari ini turut mengumumkan pengambil-alihan sebuah syarikat baru, dinamakan sebagai Xplova. Xplova ini merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan kepada teknologi GPS untuk basikal.
Xplova menjual peranti GPS kepada penunggang basikal dalam memudahkan mereka memantau perjalanan dan laluan, selain turut menyediakan sokongan navigasi dan kebolehan untuk menganalisa aktiviti pengguna.
Acer dikatakan akan mengintegrasikan teknologi Xplova pada penawaran produk mereka, disamping pada masa yang sama terus melabur pada pelbagai teknologi baru.
Acer tidak mengumumkan harga pengambil-alihan, dan hanya mengatakan Xplova kini mempunyai lebih kurang 15,000 ahli yang menggunakannya.