Cari @ Amanz

Acer Memperkenalkan Jade Primo – Telefon PC Pertama Windows 10 Dengan Teknologi Continuum

Oleh Aman

Link Copied!

Disamping memperkenalkan beberapa peranti berasaskan Android, pihak Acer juga turut tidak ketinggalan dalam memperkenalkan salah satu telefon pintar mereka berasaskan kepada Windows 10 dinamakan sebagai Acer Jade Primo.

Acer Jade Primo

Acer Jade Primo menggunakan cip Snapdragon 808, skrin bersaiz 5.5-inci, dan kamera belakang 21-megapixel. Menariknya mengenai telefon ini adalah sokongan Continuum melalui Windows 10, yang mana membolehkan ia diubah kepada sebuah PC penuh dengan menghubungkan ia kepada sebuah dock khusus.

Daripada apa yang diperlihatkan Microsoft sebelum ini, pengguna hanya perlu menghubungkan telefon kepada panel paparan atau monitor, dan ia akan berubah menjadi sebuah sistem operasi penuh, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan pelbagai perisian dan aplikasi – termasuk Microsoft Office.

Acer dijangka akan memasarkan Jade Primo ini secara meluas pada tahun 2016 kelak.


Komen ()