Asus Memperkenalkan VivoStick – Komputer Windows 10 Pada Saiz Dongle HDMI

Asus Memperkenalkan VivoStick – Komputer Windows 10 Pada Saiz Dongle HDMI

Diterbitkan pada Sep 2, 2015 oleh .

Di pasaran hari ini terdapat Intel Compute Stick yang membawakan saiz sekitar sebesar dongle jalur-lebar dan dihubungkan ke skrin atau televisyen menggunakan sokongan HDMI. Terkini, Asus turut melancarkan peranti mereka tersendiri dengan fungsi yang sama dinamakan sebagai VivoStick.

Asus VivoStick

Asus sebelum ini telah memperlihatkan ia beberapa bulan lepas dan memanggilnya sebagai PenStick ketika itu. Seperti apa yang diperkenalkan, ia memerlukan pengguna menghubungkan ia kepada televisyen, dan seterusnya turut menghubungkan papan kekunci dan tetikus sebelum dapat menggunakannya.

Melalui Asus VivoStick yang bersaiz kecil dan kompak ini, ia menyertakan cip Intel Atom Cherry Trail, selain membawakan port USB 3.0, Port USB 2.0, dan juga sebuah port kuasa berasaskan mikro-USB. Asus VivoStick juga turut menyertakan ruangan untuk jack mikrofon. Secara kasar, ia boleh dikatakan membawakan lebih banyak port berbanding beberapa peranti seumpamanya yang lain di pasaran.

Asus VivoStick berasaskan kepada Windows 10 ini akan membawakan tanda harga $129 (~RM550).


TIPS & ULASAN