Cari @ Amanz

Huawei hari ini mengambil pentas utama di IFA 2015 yang berlangsung di Jerman, dan telah pun mengumumkan telefon pintar pertama dibawah keluarga Mate (keluarga phablet untuk Huawei). Dinamakan sebagai Huawei Mate S, ia membawakan rekaan yang premium, disamping menyertakan beberapa ciri-ciri menarik melaluinya.

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh. Ia membawakan saiz skrin yang besar, tetapi pada saiz yang lebih kompak. Huawei turut menggunakan rekaan yang melengkung pada bahagian belakang untuk memberikan keselesaan kepada pengguna ketika memegang dan menggunakan telefon pintar ini.

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei turut mengatakan ia menggunakan rekaan kaca 2.5D ada bahagian belakang yang turut dilengkapi kaca Gorilla generasi ke-4 – sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan dari bucu ke bucu kepad pengguna. Kerangkanya pula menggunakan rekaan berasaskan aluminium, dan turut dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Huawei Mate S ini dikatakan menawarkan penggunaan bateri sehingga lebih sehari lamanya. Pengimbas cap jari dibelakang dikatakan menawarkan kadar sensitiviti yang sangat baik berbanding pelbagai peranti lain di pasaran hari ini. Menggunakannya juga, selain daripada log masuk ke peranti, pengguna turut boleh swipe untuk membuka talam notifikasi, selain turut menggunakannya untuk merakamkan gambar.

Huawei Mate S juga turut menyertakan sokongan Force Touch – membolehkan pengguna menekan skrin untuk beberapa perkara. Daripada contoh yang diperlihatkan, pengguna boleh tap pada gambar, dan menekannya dan ia akan zoom gambar berkenaan. Disamping itu, Huawei juga terus menambah baik fungsi yang dinamakan sebagai Knucle Sense. Sebelum ini, pengguna boleh mengetuk skrin dua kali menggunakan buku jari untuk merakamkan gambar skrin. Kini, ia diperluaskan termasuk untuk menulis beberapa huruf (berdasarkan tetapan), dan ia akan membuka aplikasi yang diingini.

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate S ini menggunakan cip pemprosesan Kirin 935, memori 3GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS. Ia turut menyertakan kamera hadapan 8-megapixel dengan sokongan pencahayaan tambahan. Ia masih menggunakan sistem operasi Android dan antaramuka EMUI yang menyertakan pelbagai ciri-ciri tambahan, termasuk seperti One Handed Mode, kawalan aplikasi yang menggunakan bateri tinggi, fungsi WiFi+ untuk memilih rangkaian yang baik untuk anda, kawalan kebenaran untuk aplikasi, dan pelbagai fungsi lain.

Huawei juga turut mengatakan pengguna boleh membuat cetakan terus daripada telefon pintar kepada beberapa pencetak terpilih dengan mudah melalui Huawei Mate S ini. Seperti peranti Huawei sebelum ini, Mate S turut menyertakan sokongan dwi-SIM dan kedua-duanya menyokong rangkaian 4G LTE. Disamping itu, pengguna turut boleh menikmati pengecasan pantas pada peranti ini – membolehkan pengecasan selama 10 minit digunakan untuk masa bualan sehingga 2 jam.

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Telefon pintar Huawei Mate S ini akan dipasarkan di beberapa buah negara bermula 15 September ini, termasuk di China dan juga Eropah. Malaysia adalah antara negara terawal yang akan menerima peranti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd