Huawei Mate S Dan Huawei G8 Dijangka Hadir Ke Malaysia Pada Bulan Oktober

Huawei Mate S Dan Huawei G8 Dijangka Hadir Ke Malaysia Pada Bulan Oktober

Diterbitkan pada Sep 2, 2015 oleh .

Malaysia merupakan salah satu pasaran utama untuk pihak Huawei di luar China, dan kini dengan pengumuman Huawei Mate S dan juga Huawei G8, pihak Huawei turut sama mengumumkan yang mana Malaysia merupakan antara pasaran pertama yang bakal menerima telefon pintar berkenaan.

Huawei IFA 2015

Huawei Mate S merupakan telefon pintar premium terbaru daripada Huawei, hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip Kirin, memori 3GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel OIS. Seperti penawaran Huawei sebelum-sebelum ini, sejumlah fungsi baru turut disertakan pada peranti ini, termasuk antaranya adalah sokongan pengimbas cap jari, fungsi Force Touch, dan juga pencahayaan hadapan untuk rakaman gambar selfie.

Huawei G8 pula merupakan peranti berspesifikasi pertengahan dengan saiz yang sama, tetapi membawakan perbezaan dari segi penawaran spesifikasi, tetapi mengekalkan ciri-ciri seperti pengimbas cap jari, dan penggunaan EMUI terkini.

Huawei Mate S

Huawei G8

Harga kedua-dua peranti ini masih tidak diumumkan lagi untuk pasaran tempatan. Di Eropah, Huawei Mate S berharga 649 Euro (~RM3076), sementara Huawei G8 pula berharga 399 Euro (~RM1891). Harga di Malaysia mungkin jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan di Eropah.

Huawei Mate S

Huawei G8


TIPS & ULASAN