Cari @ Amanz

Sony hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga premium, iaitu Xperia Z5. Melalui telefon ini, Sony dilihat menekankan sokongan kamera yang hadir bersama-sama dengannya, dan mengatakan ia menyertakan kamera terbaik di pasaran telefon pintar.

Sony Xperia Z5

Sony Xperia Z5

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh 1080×1920 pixel, dijana menggunakan cip Snapdragon 810 2.0Ghz, dan memori 3GB RAM.

Bercakap mengenai Sony, ia menyertakan pengoptimasian baik, dan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 2 hari lamanya.

Xperia Z5

Xperia Z5

Xperia Z5

Ia turut menggunakan rekaan ikonik Sony dinamakan sebagai Omnibalance, dengan butang kuasa pada bahagian tepi peranti. Menariknya, kali ini butang kuasa berkenaan turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari untuk tujuan sekuriti.

Bagi tujuan merakamkan gambar, Sony menyertakan sensor 23-megapixel Exmor RS pada bahagian belakang, dan dikatakan boleh fokus terhadap gambar secara automatik dengan sangat pantas.

Disamping pengenalan Xperia Z5, Sony juga turut mengumumkan Sony Xperia Z5 Compact yang membawakan peranti bersaiz sedikit kecil berbanding Xperia Z5. Xperia Z5 Compact hadir dengan skrin bersaiz 4.6-inci.

Sony Xperia Z5

Sony mengatakan Xperia Z5 dan juga Xperia Z5 Compact akan dilancarkan pada peringkat global pada bulan Oktober 2015 ini. Kedua-duanya akan hadir dalam variasi satu-SIM dan juga dwi-SIM – bergantung kepada pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd