Humble Bundle Menawarkan Permainan Tom Clancy Pada Harga Pilihan Anda

Humble Bundle Menawarkan Permainan Tom Clancy Pada Harga Pilihan Anda

Diterbitkan pada Sep 3, 2015 oleh .

Humble Bundle merupakan salah satu laman yang sering hadir dengan promosi permainan menarik – membolehkan pengguna mendapatkan sejumlah permainan pada harga yang dipilih oleh pengguna sebagai sumbangan untuk penerbit dan juga badan kebajikan.

Humble Tom Clancy Bundle

Terkini, untuk dua minggu ini, Humble Bundle bekerjasama dengan Tom Clancy untuk menawarkan Humble Tom Clancy Bundle. Melalui penawaran ini, pengguna boleh membuat sebarang sumbangan, dan mendapatkan permainan seperti Rainbow Six, Rainbox Six 3 Gold, Splinter Cell Chaos Theory, Ghost Recon, dan juga akses kepada Six Siege Multiplayer Beta.

Disamping itu, jika pengguna membuat sumbangan purata (berada pada nilai sekitar $8 kini), anda turut akan menerima permainan Rainbow Six Vegas 2, Splinter Cell Conviction dan juga Splinter Cell.

Layari : Humble Tom Clancy Bundle


TIPS & ULASAN