Google Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Peranti Nexus Baru Pada 29 September

Google Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Peranti Nexus Baru Pada 29 September

Diterbitkan pada Sep 3, 2015 oleh .

Sejak beberapa minggu yang lepas, pelbagai info berkenaan dengan dua telefon Nexus baru telah tertiris ke arena web – sekaligus menandakan pengumuman rasmi berkaitan dengannya yang semakin hampir. Kini, mengikut desas-desus awal, Google dikatakan akan memperkenalkannya pada 29 September kelak.

Telefon Nexus untuk tahun ini bakal hadir daripada LG dan juga Huawei. Kedua-duanya akan menjalankan Android 6.0 Marshmallow, dan bakal menjadikan kedua-dua telefon ini yang terawal hadir ke pasaran menggunakan versi terkini Android.

Kedua-dua telefon ini dijangka menggunakan port pengecasan berasaskan USB Type-C, selain turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari padanya.

Memandangkan Huawei agak kukuh di pasaran tempatan, malah pelbagai produk mereka sering dibawa ke pasaran tempatan dengan lebih pantas berbanding LG, mungkin kita boleh nantikan ia turut hadir ke pasaran Malaysia lebih pantas berbanding dengan Nexus-Nexus sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya yang mungkin diumumkan oleh Google dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN