Lenovo melancarkan tiga tablet Android di IFA 2015. Ketiga-tiganya mempunyai tetongkat terbina yang membolehkannya digunakan di dalam beberapa konfigurasi dengan mudah. Kita mulakan dengan Yoga Tab 3 Pro terlebih dahulu kerana ia mempunyai spesifikasi tertinggi. Tablet ini mempunyai skrin 10.1″ IPS LCD QHD, diperkasakan pemproses Intel Atom X5 Z8500, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16/32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan sebesar 5 Megapixel. Bateri sebesar 10200 digunakan. Kenapakah bateri yang besar ini disertakan? Ini adalah kerana Yoga Tab 3 Pro dilengkapi projektor terbina yang mampu memancarkan imej sebesar 70″ pada permukaan rata. Ia turut dilengkapi empat pembesar suara JBL pada bahagian hadapan yang menyokong audio Dolby.
Seterusnya ialah Yoga Tab 3 8 dan 10. Kedua-dua tablet ini mempunyai spesifikasi dalaman yang sama iaitu pemproses 1.3 GHz empat teras Qualcomm APQ8009, RAM 1 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kamera adalah sebesar 8 Megapixel dan boleh berputar sebanyak 180 darjah. Dari segi audio is menyokong sistem Dolby Atmos. Yoga Tab 3 8 mempunyai skrin 8″ HD dan bateri sebesar 6200 mAh. Yoga tab 3 10 mempunyai skrin 10″ HD dan bateri sebesar 8400 mAh.
Ketiga-tiga tablet akan memasuki pasaran pada bulan Oktober. Harga jualan bermula dari €349 (RM1652) untuk Yoga Tab 3 Pro, €299 (RM1415) untuk Yoga Tab 3 10 dan €199 (RM942) untuk Yoga Tab 3 8.