Samsung Melancarkan Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge+ Di Malaysia – Hadir Dengan Dwi-SIM

Samsung Melancarkan Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge+ Di Malaysia – Hadir Dengan Dwi-SIM

Diterbitkan pada Sep 3, 2015 oleh .

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, dan akan mula dijual bermula esok. Beberapa promosi khusus turut disediakan oleh Samsung untuk pelancaran peranti ini, termasuk penawaran diskaun sehingga 50% untuk belian peranti kedua esok.

Galaxy Note 5

Galaxy Note 5 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan Exynos, dan menggunakan memori 4GB RAM. Galaxy Note 5 turut menggunakan kamera belakang 16-megapixel yang turut hadir dengan sokongan OIS serta penstabilan digital untuk rakaman video. Menjadi fokus utama untuk pelancaran telefon pintar ini adalah penggunaan S-Pen, yang mana kini boleh dikeluarkan dengan menekan, dan bukannya perlu dicungkil keluar seperti sebelum ini.

Samsung Galaxy Note 5

Galaxy S6 Edge+ pula merupakan telefon pintar dengan saiz dan juga spesifikasi sama, tetapi membezakannya adalah penggunaan dwi-skrin melengkung pada bahagian tepi. Kedua-dua Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 Edge+ di Malaysia adalah versi dwi-SIM, dimana pengguna boleh menggunakan dua SIM bersaiz nano menggunakannya.

Galaxy Note 5 ditawarkan di Malaysia pada harga RM2699, sementara Galaxy S6 Edge+ pula berharga Rm3099. Kedua-duanya boleh dibeli daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula esok – 4 September. Beberapa syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan ia bersama-sama dengan pakej telekomunikasi mereka untuk pasaran tempatan.

Galaxy Note 5 Diosi

Bersama-sama dengan penawaran Galaxy Note 5 juga, pihak Samsung menawarkan beberapa kandungan percuma, termasuk langganan iFlix percuma selama 6 bulan.


TIPS & ULASAN