Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 Edge+ secara rasminya, dan bersama-sama dengannya, sejumlah aksesori khusus untuknya turut telah dilancarkan. Salah satu yang mencuri perhatian ramai adalah papan kekunci fizikal yang boleh digunakan bersama-sama Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 Edge+.

Samsung Keyboard Cover

Samsung Keyboard Cover

Samsung memanggil papan kekunci fizikal mereka ini sebagai Keyboard Protective Cover, dan ia menggunakan sokongan kapasitif untuk berfungsi. Ia turut boleh ditanggalkan dan disarungkan ke belakang jika pengguna ingin menggunakan Galaxy Note 5 atau Galaxy S6 Edge+ pada paparan skrin penuh. Samsung turut mengoptimasikan dari segi perisian, dimana ia mengubah saiz paparan apabila dipasang pada peranti.

samsung-aksesori_03

Disamping itu, satu lagi aksesori baru yang turut ditawarkan oleh Samsung adalah Powerbank dengan sokongan pengecasan pantas berkapasiti 5200mAh.

Samsung juga turut mula menawarkan aksesori audio, Level U bersama-sama pelancaran ini di Malaysia.

samsung-aksesori_04

Samsung Keyboard Protective Cover ditawarkan pada harga RM279, sementara Samsung 5200mAh Battery Pack pula berharga RM299 di Malaysia. Samsung Level U pula berharga RM279.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd