Cari @ Amanz

Dua orang ahli Anonymous Malaysia ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes menggodam laman www.rmp.gov.my dan www.jpapencen.gov.my beberapa minggu yang lalu. Dua orang suspek berusia 18 dan 24 tahun ditahan di Gopeng, Perak dan Pelabuhan Klang, Selangor. Mereka ditahan dalam Ops Topeng yang turut melibatkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia. Kedua-dua suspek dipercayai melakukan serangan DDOS dan mengubah muka hadapan dua laman yang yang disebutkan di atas. Selain daripada itu mereka juga dipercayai melakukan ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan isu 1MDB.

anonymous

Kesemua kelengkapan komputer, cakera keras dan modem dirampas dari tempat kediaman suspek. Mereka juga bakal didakwa di bawah Seksyen 5, Akta Jenayah Komputer 1997. Sekiranya disabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM 150 000 ataupun dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun.Nampaknya dua orang Anon ini tidak lagi anonymous dan akan diheret ke muka pengadilan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd