Cari @ Amanz

Disamping memperkenalkan telefon pintar memfokuskan kepada selfie, pihak Lenovo juga turut memperkenalkan salah satu telefon pintar mereka memfokuskan kepada sokongan masa penggunaan yang lama dan menyertakan bateri berkapasiti besar.

Hadir dibawah keluarga peranti siri-P, Lenovo membawakan Lenovo Vibe P1 dan juga Lenovo Vibe P1m. Lenovo P1 membawakan bateri berkapasiti 5000mAh, sementara Lenovo P1m hana sekitar 4000mAh sahaja.

Lenovo Vibe P1

Lenovo Vibe P1 hadir dengan cip Snapdragon 615 1.5Ghz 64-bit, skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Untuk rakaman gambar, Lenovo menyertakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan PDAF. Lenovo P1 turut menggunakan sensor 5-megapixel untuk rakaman selfie

Disamping itu, untuk tujuan pengecasan, memandangkan baterinya berkapasiti 5000mAh, Lenovo melengkapkan ia dengan sokongan pengecasan pantas, selain dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian butang home.

Lenovo Vibe P1

Lenovo Vibe P1m pula merupakan peranti bersaiz sedikit kecil – iaitu skrin bersaiz 5-inci, menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6735P, memori 2GB RAM, dan kamera belakang 8-megapixel. Lenovo P1m ini turut hadir dengan sokongan kalis renjisan air.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd