Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai peranti di pasaran hari ini yang menawarkan kebolehan untuk menjejak dan mengesan serta menyediakan log berkaitan aktiviti anda ketika tidur. Namun, ia boleh dikatakan agak kurang selesa, apatah lagi dengan peranti seperti gelang tangan yang memerlukan anda memakainya ketika tidur untuk tujuan tersebut.

Kini, Samsung hadir dengan penyelesaian lebih bijak, iaitu memperkenalkan sebuah peranti IoT yang dinamakan sebagai SLEEPSense.

Samsung SLEEPSense

Samsung SLEEPSense merupakan peranti setebal 1cm yang diletakkan dibawah tilam anda, dan ia boleh mengesan aktiviti serta gaya tidur anda, serta menyediakan log berkaitan gerakan anda ketika tidur. Kebiasaannya, melalui peranti seperti ini, pengguna boleh melihat selama mana mereka tidur nyenyak, dan sebaliknya.

Disamping itu, SLEEPSense juga dikatakan menyertakan beberapa fungsi tambahan, termasuk sebuah pemantau denyutan jantung dan juga kadar pernafasan.

Melalui sokongan pintar, SLEEPSense ini dikatakan boleh diintegrasikan bersama-sama beberapa peranti dan peralatan elektronik di rumah. Sebagai contoh, pengguna boleh menghubungkan ia kepada televisyen, dan ia akan mematikan televisyen apabila anda tidur.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui. Samsung dijangka akan menawarkannya di Korea Selatan terlebih dahulu dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd