Samsung Mengumumkan Car Mode Untuk Galaxy – Bekerjasama Dengan Volkswagen

Samsung Mengumumkan Car Mode Untuk Galaxy – Bekerjasama Dengan Volkswagen

Diterbitkan pada Sep 3, 2015 oleh .

Dengan perkembangan peranti mudah-alih, salah satu perkara yang turut menjadi fokus ramai pengeluar adalah pengoptimasian dan penggunaan peranti mudah-alih dalam kenderaan yang turut diintegrasikan bersama beberapa perkara. Google sedia mempunyai Android Auto, selain Apple dengan CarPlay mereka.

Kini, di IFA 2015, Samsung turut mengumumkan pengenalan Car Mode for Galaxy. Peranti sebelum ini seperti Galaxy S5 sedia mempunyai sokongan mod khusus ketika memandu, tetapi melalui pengenalan Car Mode for Galaxy ini, Samsung dilihat ingin membawanya setapak kehadapan lagi.

Samsung Car Mode

Samsung Car Mode

Car Mode baru untuk peranti ini menggunakan teknologi MirrorLink – salah satu piawaian yang sinonim dalam industri. Menggunakannya, seperti biasa, anda boleh menggunakan navigasi, membuatkan peranti membaca mesej, memudahkan anda menjawab panggilan dan sebagainya.

Car Mode ini juga turut boleh digunakan oleh kenderaan yang tidak mempunyai sokongan MirrorLink dalam bentuk penggunaan secara berasingan. Sebuah aplikasi khas akan ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia bermula hari Jumaat ini.

Samsung Car Mode

Samsung Car Mode

Samsung turut mengumumkan yang mana mereka telah bekerjasama dengan pihak Volkwagen dalam pembangunan beberapa teknologi, termasuk dalam hadir dengan sebuah aplikasi khas untuk jam tangan pintar. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak sama ada kenderaan telah dikunci ataupun sebaliknya, mengetahui lokasi dimana kenderaan diletak, serta melihat data seperti keadaan bateri semasa kenderaan dan sebagainya menggunakannya. Seperti biasa, aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Gear S2, dan Samsung menekankan ia adalah antara teknologi yang dibangunkan oleh mereka dalam menawarkan dunia berhubung.

Samsung Car Mode

Samsung Car Mode


TIPS & ULASAN