Cari @ Amanz

Astro On-The-Go merupakan salah satu aplikasi yang disediakan oleh Astro untuk membolehkan pengguna menonton rancangan Astro menggunakan peranti mudah-alih mereka. Hari ini, Astro mengumumkan kemaskini untuknya, menawarkan fungsi baru untuk memuat-turun filem dan video untuk ditonton pada kemudian masa dalam bentuk offline.

Astro On-The-Go Offline

Fungsi memuat-turun rancangan TV atau filem pada Astro On-The-Go ini hanya terhad untuk pengguna Android sahaja buat masa ini. Astro mengatakan fungsi baru ini membolehkan pengguna memuat-turun dan menonton rancangan kegemaran mereka ketika sedang melancong ke luar, atau bertugas di luar – tanpa perlu risau akan penggunaan data pada peranti ketika melakukan perayauan.

Buat masa ini, hanya segelintir kecil rancangan sahaja yang menawarkan fungsi muat-turun untuk tontonan secara offline. Perkara ini mungkin disebabkan oleh perlesenan kandungan dan sebagainya. Mungkin kita akan dapat melihat ia diperluaskan untuk menambah pelbagai rancangan antarabangsa, selain fungsi sama turut mungkin hadir ke peranti iOS pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd