Cari @ Amanz

Skype, aplikasi panggilan suara dan video popular hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi mudah-alih mereka – iaitu untuk Android, iPhone dan juga iPad. Melalui kemaskini Skype 6.0 yang diperkenalkan hari ini, ia memfokuskan kepada kemaskini rekaan dan antaramuka aplikasi berkenaan.

Skype 6.0 untuk Android kini menyertakan elemen rekaan Material Design. Sebuah butang berbentuk floating diletakkan pada bahagian kanan bawah untuk memudahkan anda membuat akses pantas untuk panggilan video, panggilan audio dan sebagainya. Sokongan permesejan dan carian juga ditambah baik lagi pada Skype 6.0 ini.

Skype 6.0 Android

Skype 6.0 untuk iOS pula membawakan rekaan elemen mesra iOS, dimana ia turut menyertakan sokongan carian yang lebih baik, serta membolehkan pengguna menikmati pelbagai ciri-ciri pada iPhone di tablet iPad.

Bagi pengguna Skype, anda boleh memuat-turun aplikasi ini dari Google Play Store dan juga AppStore hari ini, dan menikmati pembaharuan yang dibawakan olehnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd